ISU-ISU ETIKA DALAM KAUNSELING KELUARGA
ULASAN JURNAL
Jurnal ini adalah berkaitan tentang Etika didalam Terapi Keluarga. Jurnal ini diperolehi daripada carian eResource Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia di bahagian Carian ERIC, jurnal ini diterbitkan oleh Jill M.Thorngren, PhD, LCPC, dan Adina J. Smith, PhD, LCPC. Mereka adalah Penolong Profesor di Jabatan Kesihatan dan Pembangunan Manusia, Universiti Bozeman, Montana USA.

Pengenalan
Kaunseling keluarga berasal daripada pertumbuhan dan perkembangan terapi keluarga, kaunseling keluarga lebih dikenali sebagai terapi keluarga pada peringkat awal kerana tumpuan pengkaji keluarga ialah terhadap patalogi yang dihadapi oleh keluarga yang tidak berfungsi. Kebanyakan pengkaji keluarga pada tahun 1950-an mengkaji keluarga dan ahli keluarga yang mengalami masalah mental seperti skizofrenia. Fokus terapi keluarga ialah untuk membawa perubahan kepada keseluruhan sistem kehidupan individu dan juga sistem komuniti dan negara. Ini adalah kerana kekuatan sesebuah negara dikatakan berasal daripada sisitem kekeluargaan yang utuh dan teguh serta bersatu padu. Kaunseling keluarga bersifat intrapersonal kerana memberi tumpuan kepada ahli keluarga serta bersifat interpersonal kerana ia mementingkan perhubungan di antara ahli keluarga. Secara langsung dapat dikatakan bahawa terapi keluarga mementingkan ciri keseluruhan dalam pendekatannya.
Perintis dalam penyelidikan terapi dan amalan keluarga berusaha untuk menjelaskan sifat manusia dari segi teori sistem umum itu adalah penuh dengan terminologi seperti penentuan timbal balik, pekeliling berbanding sebab akibat linear, maklum balas, dan homeostasis (Goldenberg &
Goldenberg, 2000). Sejak tahun 1950-an lagi ahli terapi keluarga dan kaunselor berhadapan dengan etika hak-hak individu didalam sesebuah keluarga. Etika kaunseling keluarga ini dicipta bukan saja bagi melindungi hak-hak mereka sebagai klien malah ianya juga berfungsi sebagai pelindung kepada para kaunselor dan ahli terapi keluarga.
Prinsip Etika
Para profesional kesihatan mental telah cuba untuk mewujudkan satu kod etika yang menghubungkan konsep etika dan nilai-nilai etika untuk membuat keputusan dalam kerja mereka dengan pelanggan (Remley & Herlihy, 2001). Berikut adalah enam prinsip etika yang biasa dibincangkan dalam kesusasteraan kaunseling profesional dan ianya adalah asas kepada Kod Etika American Counseling Association 1995 (Persatuan Kaunseling Amerika, 1995; Corey, Corey, & Callanan, 1998; Remley & Herlihy, 2001):
1. Autonomy
Bermaksud “To Honor The Right To Make Individual Decisions” Bertindak dalam satu adab yang
menghormati kebebasan seseorang dalam mengawal kehidupannya sendiri. Mengiktiraf individu dalam hak memilih dan bertindak mengikut kehendak atau pilihan sendiri. Selalu menghormati dan menghargai ianya juga bermaksud seorang kaunselor harus menghormati hak dan kebebasan klien dalam membuat pilihan, membuat keputusan.
2. Non-Maleficence
Bermaksud “To Do No Harms To Others”. Bertindak dalam tingkah laku yang memudahkan klien
dan mengelakkan bahaya kepada klien. Menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik
terhadap klien secara sengaja atau tidak.
3. Beneficence
Bermaksud “To Do Good To Others” iaitu bertindak mengikut satu adab yang mendatangkan kebajikan atau kebaikan kepada klien. Melakukan sesuatu yang baik, berfaedah, mencegah kerosakan dan kebinasaan dan mesti mementingkan kesihatan dan hubungan masyarakat. (Beuchamp&Childress,1979).
4. Justice
Bermaksud “To be fair and equally to others” Iaitu melayan orang secara adil. Keadilan dalam
memberi layanan yang sama kepada semua orang dan persoalan. Justice tidak merangkumi aspek
stereotaip dan ia menawarkan perkhidmatan profesional kepada seseorang dalam cara yang tidak
melibatkan diskriminasi samada dari aspek gender,bangsa, umur dan budaya.
5. Fidelity
Bermaksud “To Be Loyal And Honest”. Kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan
tanggungjawab. Ianya juga membawa maksud kesetiaan terhadap perjanjian yang dibuat bersama
klien dan ia berasaskan kepada kebenaran. Konsep fidelity mengutamakan keperluan diri klien
berbanding dengan keperluan kaunselor.
6. Veracity
Bermaksud kejujuran. Menurut Veatch & Fry (1987) menyatakan hal yang sebenar dan tidak
bohong. Tanpa kejujuran antara kaunselor dan klien sukar untuk membentuk kepercayaan antara
satu sama lain. Prinsip ini memerlukan kaunselor mengatakan perkara sebenar untuk tidak membohongi klien.

Konflik:
Prinsip etika merupakan garis panduan atau peraturan yang digunakan untuk menilai sama ada
sesuatu perkara yang dilakukan baik atau buruk, namun didalam jurnal ini dibicangkan juga tentang percanggahan diantara satu prinsip etika dengan satu prinsip etika yang lain, sebagai contoh kaunselor yang mengambil kes klien yang ingin membunuh diri. Kaunselor berhak untuk
melindungi dan menghalang klien daripada mencederakan dirinya seperti termaktub didalam prinsip Beneficence, tetapi ianya adalah bercanggah dengan prinsip Autonomi iaitu klien berhak
untuk membuat keputusan sendiri dan kaunselor perlu menghormati hak, kebebasan dan pilihan klien. Green dan Hansen (1989) menyenaraikan beberapa dilema yang dihadapi oleh kaunselor keluarga pada masa kini. Berikut adalah 16 masalah yang dilaporkan diadalam kajian mereka
seperti yang tercatat diadalam Corey dan rakan-rakan (1998) ;
1. Merawat seluruh ahli keluarga

2. Menghadapi nilai yang berbeza daripada setiap ahli dalam keluarga

3. Merawat seluruh keluarga selepas salah seorang ahli keluar daripada sesi kaunseling.

4. Aktiviti pembangunan profesional

5. Menguatkuasakan nilai kaunselor (contohnya layanan terhadap wanita)

6. Memanipulasi keluarga untuk faedah terapeutik

7. Bayaran Perkhidmatan

8. Keputusan mengenai status perkahwinan

9. Laporan terhadap penderaan kanak-kanak

10. Pengawasan terhadap kaunselor pelatih

11. Imbangan kehendak keluarga dan kehendak individu

12. Perundingan dengan profesional lain

13. Persetujuan bermaklumat (informed consent)

14. Memberi keterangan

15. Bekerja untuk pertubuhan-pertubuhan yang tidak beretika

16. Perkongsian keputusan penyelidikan

Penentuan ‘Klien’ Dan ‘Hak Klien’
Seterusnya jurnal ini membincangkan tentang penentuan ‘klien’ dan ‘hak klien’. Didalam kaunseling individu tidak timbul persoalan yang mana satu individu sebagai klien. Walaubagaimanapun dalam mengendalikan kaunseling keluarga yang melibatkan ramai klien ianya menimbulkan kesukaran bagi pihak kaunselor untuk mengenal pasti klien dan menentukan hak-hak klien. Seringkali ahli keluarga ataupun pasangan memasuki sesi kaunseling adalah bertujuan bagi melihat perubahan sikap yang lebih baik, untuk menyelesaikan konflik ataupun mencapai matlamat yang dirancang (Margolin, 1982).
Peranan Kaunselor
Kaunselor perkahwinan dan keluarga haruslah sentiasa peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa corak masalah ataupun isu yang dihadapi dikalangan pasangan yang berkahwin mahupun sesebuah keluarga. Menurut Huber (1994) seseorang kaunselor itu pasti akan berjaya mencapai matlamatnya jika meletakkan kaunseling keluarga sebagai satu unit berbanding meletakkannya sebagai masalah individu. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang......
  
dapatkan ISU-ISU ETIKA DALAM KAUNSELING KELUARGA dengan melanggan E-BOOK yang berjumlah 39 pages dalam bentuk format PDF.
 Klik button dibawah dan dapatkan dengan harga RM15 sahaja

RM5 sahaja


 Add to Cart

View Cart

  Buy Now
  • Klik Button di bawah utk membeli E-Book

    E-BOOK Isu-isu Etika dalam Kaunseling Keluarga


    Add to Cart



    View Cart






    Buy Now
    .