ULASAN JURNAL
Jurnal ini adalah berkaitan tentang Etika
didalam Terapi Keluarga. Jurnal ini diperolehi daripada carian eResource
Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia di bahagian Carian
ERIC, jurnal ini diterbitkan oleh Jill M.Thorngren, PhD, LCPC, dan Adina J.
Smith, PhD, LCPC. Mereka adalah Penolong Profesor di Jabatan Kesihatan dan
Pembangunan Manusia, Universiti Bozeman, Montana USA.
Pengenalan
Kaunseling keluarga berasal daripada
pertumbuhan dan perkembangan terapi keluarga, kaunseling keluarga lebih
dikenali sebagai terapi keluarga pada peringkat awal kerana tumpuan pengkaji
keluarga ialah terhadap patalogi yang dihadapi oleh keluarga yang tidak
berfungsi. Kebanyakan pengkaji keluarga pada tahun 1950-an mengkaji keluarga
dan ahli keluarga yang mengalami masalah mental seperti skizofrenia. Fokus
terapi keluarga ialah untuk membawa perubahan kepada keseluruhan sistem
kehidupan individu dan juga sistem komuniti dan negara. Ini adalah kerana kekuatan
sesebuah negara dikatakan berasal daripada sisitem kekeluargaan yang utuh dan
teguh serta bersatu padu. Kaunseling keluarga bersifat intrapersonal kerana
memberi tumpuan kepada ahli keluarga serta bersifat interpersonal kerana ia
mementingkan perhubungan di antara ahli keluarga. Secara langsung dapat
dikatakan bahawa terapi keluarga mementingkan ciri keseluruhan dalam pendekatannya.
Perintis dalam penyelidikan terapi dan
amalan keluarga berusaha untuk menjelaskan sifat manusia dari segi teori sistem
umum itu adalah penuh dengan terminologi seperti penentuan timbal balik,
pekeliling berbanding sebab akibat linear, maklum balas, dan homeostasis
(Goldenberg &
Goldenberg, 2000). Sejak tahun 1950-an
lagi ahli terapi keluarga dan kaunselor berhadapan dengan etika hak-hak
individu didalam sesebuah keluarga. Etika kaunseling keluarga ini dicipta bukan
saja bagi melindungi hak-hak mereka sebagai klien malah ianya juga berfungsi
sebagai pelindung kepada para kaunselor dan ahli terapi keluarga.
Prinsip Etika
Para profesional kesihatan mental telah
cuba untuk mewujudkan satu kod etika yang menghubungkan konsep etika dan
nilai-nilai etika untuk membuat keputusan dalam kerja mereka dengan pelanggan (Remley &
Herlihy, 2001). Berikut adalah enam prinsip etika yang biasa dibincangkan dalam kesusasteraan
kaunseling profesional dan ianya adalah asas kepada Kod Etika American Counseling Association 1995
(Persatuan Kaunseling Amerika, 1995; Corey, Corey, & Callanan, 1998;
Remley & Herlihy, 2001):
1. Autonomy
Bermaksud “To Honor The Right To Make
Individual Decisions” Bertindak dalam satu adab yang
menghormati kebebasan seseorang dalam
mengawal kehidupannya sendiri. Mengiktiraf individu dalam hak memilih dan bertindak mengikut kehendak
atau pilihan sendiri. Selalu menghormati dan menghargai ianya juga bermaksud
seorang kaunselor harus menghormati hak dan kebebasan klien dalam membuat
pilihan, membuat keputusan.
2. Non-Maleficence
Bermaksud “To Do No Harms To Others”.
Bertindak dalam tingkah laku yang memudahkan klien
dan mengelakkan bahaya kepada klien.
Menjauhi daripada membuat sesuatu yang tidak baik
terhadap klien secara sengaja atau tidak.
3. Beneficence
Bermaksud “To Do Good To Others” iaitu
bertindak mengikut satu adab yang mendatangkan kebajikan
atau kebaikan kepada klien. Melakukan sesuatu yang baik, berfaedah, mencegah kerosakan
dan kebinasaan dan mesti mementingkan kesihatan dan hubungan masyarakat. (Beuchamp&Childress,1979).
4. Justice
Bermaksud “To be fair and equally to
others” Iaitu melayan orang secara adil. Keadilan dalam
memberi layanan yang sama kepada semua
orang dan persoalan. Justice tidak merangkumi aspek
stereotaip dan ia menawarkan perkhidmatan
profesional kepada seseorang dalam cara yang tidak
melibatkan diskriminasi samada dari aspek
gender,bangsa, umur dan budaya.
5. Fidelity
Bermaksud “To Be Loyal And Honest”.
Kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan
tanggungjawab. Ianya juga membawa maksud
kesetiaan terhadap perjanjian yang dibuat bersama
klien dan ia berasaskan kepada kebenaran.
Konsep fidelity mengutamakan keperluan diri klien
berbanding dengan keperluan kaunselor.
6. Veracity
Bermaksud kejujuran. Menurut Veatch
& Fry (1987) menyatakan hal yang sebenar dan tidak
bohong. Tanpa kejujuran antara kaunselor
dan klien sukar untuk membentuk kepercayaan antara
satu sama lain. Prinsip ini memerlukan
kaunselor mengatakan perkara sebenar untuk tidak membohongi klien.
Konflik:
Prinsip etika merupakan garis panduan atau
peraturan yang digunakan untuk menilai sama ada
sesuatu perkara yang dilakukan baik atau
buruk, namun didalam jurnal ini dibicangkan juga tentang percanggahan diantara
satu prinsip etika dengan satu prinsip etika yang lain, sebagai contoh kaunselor
yang mengambil kes klien yang ingin membunuh diri. Kaunselor berhak untuk
melindungi dan menghalang klien daripada
mencederakan dirinya seperti termaktub didalam prinsip Beneficence, tetapi
ianya adalah bercanggah dengan prinsip Autonomi iaitu klien berhak
untuk membuat keputusan sendiri dan
kaunselor perlu menghormati hak, kebebasan dan pilihan klien. Green dan Hansen
(1989) menyenaraikan beberapa dilema yang dihadapi oleh kaunselor keluarga pada
masa kini. Berikut adalah 16 masalah yang dilaporkan diadalam kajian mereka
seperti yang tercatat diadalam Corey dan
rakan-rakan (1998) ;
1. Merawat seluruh ahli keluarga
2. Menghadapi nilai yang berbeza daripada
setiap ahli dalam keluarga
3. Merawat seluruh keluarga selepas salah
seorang ahli keluar daripada sesi kaunseling.
4. Aktiviti pembangunan profesional
5. Menguatkuasakan nilai kaunselor
(contohnya layanan terhadap wanita)
6. Memanipulasi keluarga untuk faedah
terapeutik
7. Bayaran Perkhidmatan
8. Keputusan mengenai status perkahwinan
9. Laporan terhadap penderaan kanak-kanak
10. Pengawasan terhadap kaunselor pelatih
11. Imbangan kehendak keluarga dan
kehendak individu
12. Perundingan dengan profesional lain
13. Persetujuan bermaklumat (informed
consent)
14. Memberi keterangan
15. Bekerja untuk pertubuhan-pertubuhan
yang tidak beretika
16. Perkongsian keputusan penyelidikan
Penentuan ‘Klien’ Dan ‘Hak Klien’
Seterusnya jurnal ini membincangkan
tentang penentuan ‘klien’ dan ‘hak klien’. Didalam kaunseling individu tidak
timbul persoalan yang mana satu individu sebagai klien. Walaubagaimanapun dalam
mengendalikan kaunseling keluarga yang melibatkan ramai klien ianya menimbulkan
kesukaran bagi pihak kaunselor untuk mengenal pasti klien dan menentukan
hak-hak klien. Seringkali ahli keluarga ataupun pasangan memasuki sesi
kaunseling adalah bertujuan bagi melihat perubahan sikap yang lebih baik, untuk
menyelesaikan konflik ataupun mencapai matlamat yang dirancang (Margolin, 1982).
Peranan Kaunselor
Kaunselor perkahwinan dan keluarga haruslah
sentiasa peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa corak masalah ataupun
isu yang dihadapi dikalangan pasangan yang berkahwin mahupun sesebuah keluarga.
Menurut Huber (1994) seseorang kaunselor itu pasti akan berjaya mencapai
matlamatnya jika meletakkan kaunseling keluarga sebagai satu unit berbanding meletakkannya sebagai masalah individu.
Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka
antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang......
dapatkan ISU-ISU ETIKA DALAM KAUNSELING KELUARGA dengan melanggan
E-BOOK yang berjumlah 39 pages dalam bentuk format PDF.
Klik button dibawah dan dapatkan dengan hargaRM15 sahaja
Klik button dibawah dan dapatkan dengan harga
RM5 sahaja

